LATAR BELAKANG MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA DARI SEGI PERPADUAN NEGARA SERTA INTEGRASI NASIONAL DI MALAYSIA
NAMA AHLI KUMPULAN :
- NORRAIHAN BINTI MOHD NAZRI (02DEP15F1033)
- YAU SHU BING (02DEP15F1027)
- TARANI BASCAR (02DEP15F1081)
KELAS : DEP1B
KURSUS : PENGAJIAN MALAYSIA
KOS : DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK KOMUNIKASI
KOS : DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK KOMUNIKASI
SESI : JUN 2015
NAMA PENSYARAH : MOHD NOOR ZAIDI BIN MOHD ZAWAWI
JABATAN : KEJURUTERAAN ELEKTRIK
PENGHARGAAN
Selamat sejahtera dan bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah rahmatnya dapat kami menyelesaikan tugasan kerja kursus ini dengan penuh jayanya. Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada Encik Nor Zaidi Bin Mohd Zawawi, Pensyarah Matapelajaran Pengajian Malaysia (DUB 1012), di atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada kami. Beliau juga banyak membantu kami sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlaku. Selain itu, Tidak lupa juga penghargaan buat ibu bapa kami yang memberi sokongan dan dorongan dari segi fizikal dan mental sepanjang penghasilan tugasan ini. Akhir kata, kami juga mengucapkan ribuan teima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini berjalan. Pelbagai ilmu yang dapat kami rungkai sepanjang kami menyiapkan tugasan ini. Sikap kerjasama yang di tunjukkan oleh rakan-rakan teryata membuahkan hasil dengan kejayaan kami menyiapkan tugasan yang diberi ini. Tanpa bantuan dari semua pihak, tidak mungkin kami dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna.
PENGENALAN
Seorang pakar antropologi, J.S. Furnival (1948) menyatakan masyarakat majmuk adalah merujuk kepada masyarakat campuran yang berbilang bangsa. Namun, campuran ini dalam ertikata yang sebenar, bergaul tapi tidak bercantum. Setiap kumpulan mengamalkan agama, adat, kebudayaan, bahasa, fahaman dan cara hidupnya yang tersendiri.
J.S.Furnivall merupakan orang pertama yang mengemukakan konsep masyarakat majmuk berdasarkan kajiannya di Indonesia dan Burma. Menurut Furnivall (1967:54), masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai kebudayaan, agama, bahasa dan adat resam yang tersendiri. Walaupun pelbagai kaum berganding bahu di bawah sistem politik yang sama tetapi kehidupan mereka adalah berasingan dan interaksi sosial dalam kalangan mereka amat berkurangan dan hubungan mereka hanya terbatas kepada hal ekonomi dalam jual beli. Pembahagian tugasan dilakukan atas garis-garis ras.
Idea Furnivall mengenai masyarakat majmuk telah banyak dibincangkan oleh tokoh-tokoh sosiologi yang terkemudian. M.G. Smith merupakan salah seorang yang telah memberikan satu analisis yang panjang lebar mengenai konsep ini. M.G. Smith juga menganggap masyarakat majmuk sebagai masyarakat yang mempunyai pelbagai budaya, perpecahan sosial dan perselisihan. Dari segi politik pula, masyarakat majmuk dikuasai oleh satu kelompok minoriti yang mempunyai kebudayaan yang tersendiri. Smith juga berpendapat bahawa masyarakat wujud atas dasar konflik dan paksaan, bukannya atas dasar nilai bersama. Selain daripada Furnivall dan Smith, P.L. Van Den Berghe juga memberikan sumbangan terhadap perbincangan mengenai konsep masyarakat majmuk. Beliau membezakan kemajmukkan sosial iaitu masyarakat dipecahkan kepada kelompok korporat dan bukannya budaya daripada kemajmukkan budaya iaitu wujud daripada beberapa kelompok etnik.
Ketiga-tiga tokoh ini menekankan konflik dan perpecahan sebagai unsur ketara dalam masyarakat majmuk. Pendirian ini amat bertentangan dengan pendekatan fungsional yang mendakwa bahawa masyarakat majmuk wujud atas dasar konsensus dan nilai bersama. Oleh yang demikian, tidak hairanlah beberapa kritikan mengenai idea atau teori masyarakat majmuk juga datang daripada ahli fungsional.
Berdasarkan fakta sejarah dan perkembangan sosiopolitik, orang melayu dan orang Asli merupakan penduduk asal bagi Negara ini yang juga dikenali sebagai masyarakat peribumi atau bumiputera petempatan orang melayu di Negara ini telah diakui sejak berpuluh-puluh ribu tahun dahulu. Akibat perkembangan ketamadunan manusia, dunia melayu mula dikunjungi dan menerima penghijrahan masyarakat asing. Hasilnya, terbentuklah masyarakat majmuk seterusnya berbilang kaum di Negara ini dari semasa ke semasa.
Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa,kaum dan etnik dari Perlis hingga ke Sabah. Kepelbagaian kaum dan etnik inilah maka wujud pula kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan adat resam. Corak masyarakat Malaysia seperti ini berlaku disebabkan oleh perubahan masa dan keadaan, seperti yang berlaku terhadap perubahan struktur politiknya. Sebelum abad ke-18 dan ke-19, masyarakat Malaysia tidak begini coraknya. Sebaliknya boleh dikatakan bahawa, semenanjung Tanah Melayu ketika itu didiami oleh orang Melayu Asli bersama sebilangan kecil bangsa atau kaum lain. Tetapi kini telah berubah dan wujudlah pembentukan masyarakat majmuk.
LATAR BELAKANG PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA
SEJARAH KEWUJUDAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA
Tanah Melayu yang merupakan sebuah tempat tumpuan pengembaraan, pelayaran dan pusat perdagangan tentunya pernah menjadi satu tempat persingahan dan penempatan bagi orang-orang daripada pelbagai kebudayaan dan asal usul. Justeru konsep percampuran populasi bukanlah merupakan satu fenomena baru dan asing di Malaysia. Kebanyakkan ahli sejarah dan antropologi social bersetuju bahawa struktur susunan ras etnik dan corak penempatan penduduk masa kini telah ditentukan pada zaman perkembangan colonial dan eksploitasi orang British di semenanjung Malaysia. Dalam tahun1786 hingga 1914 merupakan zaman paling penting dalam menentukan pola-pola etnik, ekonomi dan politik masa kini di Semenanjung Malaysia.
Aspek demografi merupakan perkara yang penting dalam mencorakkan kemajuan masyarakat Malaysia. Aspek demografi tidak hanya memperlihatkan betapa uniknya masyarakat Malaysia dari segi komposisi etnik tetapi turut mewarnai wajah sosiobudaya, demografi politik dan proses politik di Malaysia.
Campur tangan Inggeris di Tanah Melayu bermula apabila Francis Light menduduki Pulau Pinang pada Ogos 1786, menyebabkan kemasukkan migran secara besar-besaran daripada luar. Dalam jangka masa yang panjang semasa pemerintahan colonial British di Malaysia iaitu selama lebih satu ratus lima puluh tahun bermula 1786 hingga 1957. Antara tahun itu, Malaysia telah diduduki oleh Jepun semasa pernag dunia kedua. Walau bagaimanapun, jangka masa singkat itu dianggap tidak mempunyai signifikan yang besar kepada komposisi dan mobility penduduk. Masyarakat homogenis Melayu Tnah Melayu telah mengalami transformasi kepada masyarakat heterogenios Malaysia yang mengandungi etnik-etnik Melayu, Cina, India sebagai komponen utamanya.
Menurut B.W. Andaya dan L.Y Andaya (1983:159), masyarakat Cina daripada negara China sebenarnya ingin keluar daripada hidup penuh dengan kemiskinan dan penderitaan. Oleh itu, mereka terpaksa keluar berhijrah sehingga ke Tanah Melayu. Kemasukan buruh-buruh Cina ke Tanah Melayu melalui beberapa cara yang dikenalpasti diusahakan oleh orang Cina sendiri yang telah menetap lama di Tanah Melayu melalui sistem tiket yang sangat popular. Menurut W.L. Blythe (1953:3), bilangan buruh Cina yang berhijrah memang ramai dan sentiasa bertambah dari semasa ke semasa. Namun angka yang tepat sukar ditentukan kerana ketiadaan dokumen yang sah dan kemasukan secara haram ke Tanah Melayu.
Kemasukkan masyarakat Cina ke Tanah Melayu menunjukkan bermulanya proses pembentukan masyarakat majmuk daripada pengaruh masyarakat Cina yang semakin bertambah. Pengaruh masyarakat Cina ke Tanah Melayu telah mengubah corak dan sistem sosial Alam Melayu dan juga masyarakat Melayu ketika itu. Kedatangan masyarakat Melayu ke Tanah Melayu akhirnya telah membentuk satu masyarakat baru iaitu Baba Nyonya dan Cina Muslim. Wujudnya golongan baru ini membawa kepelbagaian atau kemajmukkan masyarakat di Malaysia dan mengambarkan keunikannya pada pandangan masyarakat luar.
Migran kedua terbesar selepas China adalah kelompok daripada India. Kebanyakan mereka berasal daripada India Selatan iaitu dari Negapatam dan Madras. India juga mengalami masalahnya tersendiri yang menyebabkan penduduknya berhijrah ke luar. Suasana di negara itu yang dilanda kemiskinan dan kebuluran yang mendorong penduduknya berhijrah keluar ke negara-negara lain termasuk ke Tanah Melayu ketika itu. Migran India datang sejak pembukaan Pulau Pinang oleh Inggeris. Pada waktu itu bilangan mereka masih kecil dan bertambah setelah Inggeris berjaya benguasai negeri-negeri Melayu.
Selain migran daripada negara China dan India, Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak juga menjadi tumpuan daripada masyarakat luar seperti dari Indonesia dan Ceylon. Namun, bilangan mereka jauh lebih rendah berbanding dengan buruh daripada China dan India. Kebanyakan pendatang Indonesia berasal daripada Jawa, Kalimantan (Banjarmasin), Celebes, Timor dan Sulawesi serta beberapa bahagain kepulauan yang berhampiran dengan Selat Melaka.. Pendatang daripada Indonesia juga berbilang suku kaum dan etnik antaranya orang Jawa, Bugis, Minang dan Banjar. Menurut S.N. Arseculeratne (1991:8), pendatang dari Ceylon kebanyakannya terdiri daripada kaum Sinhalese. Mereka datang dari kawasan pantai selatan negara tersebut. Mereka datang dengan jumlah yang agak ramai selepas abad ke-19 berterusan hingga abad ke-20. Kedatangan berterusan ini disebabkan penjajahan British di Ceylon. Faktor ekomoni adalah bukan faktor utama penghijrahan mereka, sebaliknya mereka ingin mencari rezeki yang lebih berbanding apa yang mereka dapat di negara asal mereka (S.N. Arseculeratne,1991:10).
Setelah kemasukan migran daripada luar, bermulalah proses pembentukan masyarakat majmuk yang berbilang kaum seperti sekarang. Proses pembentukan masyarakat pada mulanya sukar kerana berbeza fahaman, amalan, ras dan etnik serta kehidupan seharian. Banyak konflik yang berlaku dalam proses pembentukan ini seperti peristiwa 13 mei 1969. Apabila konflik berlaku dalam masyarakat majmuk, konflik berkenaan mengikut garisan pemisah ras, bukan garisan kelas. Pengambilan pekerja buruh daripada luar di buat secara tetap sudah pasti akan menimbulkan masalah sosio-ekonomi dan politik yang lebih membimbangkan dan bagi mengelak pembentukan masyarakat majmuk pelbagai etnik atau heterogeneous seperti mana yang cuba dielak oleh negara-negara Eropah Barat dan Telok (Weiner, 1990:143).
Setelah kemasukan migran dari luar akhirnya lahirnya kelompok dari keturunan Cina dan India yang berasimilasi dengan budaya tempatan seperti kelompok Baba-Nyonya yang berketurunan Cina dan kelompok Chitty yang berketurunan India. Asimilasi bangsa juga turut berlaku apabila perkahwinan antara orang asing dengan penduduk tempatan, maka wujud beberapa sub-kategori penduduk berdarah campuran seperti kelompok Peranakan, kelompok Syed dan lain-lain. Kini kebanyakan penduduk Malaysia mempunyai darah kacukan Melayu-Arab, Melayu-India, Melayu-Cina dan lain-lain.
KOMPOSISI DAN TABURAN PENDUDUK SEBELUM MERDEKA
Malaysia, terdapat pelbagai kelompok etnik yang hidup berlainan, tetapi di bawah sistem politik yanga sama. Tiga etnik terbesar ialah Melayu, Cina dan India yang mana mengamalkan kebudayaan adat resam, agama dan bahasa masing-masing. Tiga etnik ini bersatu di atas satu ikatan kerakyatan dan di bawah sebuah pemerintahan demokrasi beraja perlembagaan dengan satu cara hidup yang dipersetujui bersama.
Sebelum abad ke-18, penduduk di Tanah Melayu dan kepulauan Borneo ketika itu didominasi oleh orang Asli, orang Melayu dan kaum bumiputera Sabah dan Sarawak. Migrasi daripada luar juga berlaku tetapi jumlahnya terhad. Selain itu, terdapat juga kaum pendatang daripada Sumatera, Indonesia. Tetapi tidak menjejaskan corak masyarakat ketika itu kerana kaum pendatang ini adalah daripada rumpun bangsa yang sama.
Tiga kaum yang terbesar dan utama di Tanah Melayu ialah Melayu, Cina dan India. Sebelum penemuan tapak bijih timah oleh Long Jaafar pada tahun 1848, hampir kesemua penduduk di Tanah Melayu terdiri daripada orang Melayu. Pada pertengahan abad ke 19, berlaku penghijrahan masuk kaum Cina dan India secara beramai ramai ke Tanah Melayu. Fenomena ini berlaku kerana dasar kolonial British yang membawa masuk kaum-kaum tersebut , terutama untuk mengerjakan ekonomi.
Migrasi ini berlaku sedikit demi sedikit sebelum penjajahan barat, tetapi berleluasa setelah penjajahan berlaku. Aktiviti ekonomi dan perladangan menjadi faktor utama dalam aktiviti migrasi daripada luar terutamanya daripada China dan India.
Abad ke-19 memperlihatkan penguasaan Inggeris ke atas struktur politik dan ekonomi Tanah Melayu secara meluas. Aktiviti perlombongan bijih timah yang merupakan sumber kekayaan Tanah Melayu diekploitasikan sepenuhnya oleh British. Kesan yang jelas melalui dasar liberal British ialah pembentukan masyarakat negara yang berbilang kaum serta kepelbagaian cara hidup dan keturunan. Penghijrahan secara besar-besaran ini telah mengubah struktur kependudukan asal Tanah Melayu.
Dari segi peratusan, peratus penduduk Melayu semakin kecil dari 54% merosot menjadi 49% pada tahun 1921 dan menurun lagi kepada 45% pd tahun 1931. Pemajmukan masyarakat Tanah Melayu telah menyebabkan British mentadbir menggunakan dasar ‘pecah dan perintah’ (divide and rule). Dasar ini memberi makna kelemahan penglibatan bumiputera, tetapi pada masa yang sama memberi pengkhususan kepada kaum imigran dan memastikan pengasingan setiap kaum.
Struktur masyarakat di Malaysia berubah adalah disebabkan migrasi daripada luar dan juga faktor penolak dan penarik. Perubahan dalam struktur masyarakat berlaku di Malaysia disebabkan oleh fenomena migrasi dari luar yang berlaku akibat faktor penarik yang ada di bumi mahupun faktor penolak di negara asal masing-masing yang bertanggungjawab mencernakan perubahan yang berkekalan sehingga ke hari ini.
Kaum pendatang dibiarkan untuk mengekalkan identiti dan budaya masing-masing sementara perhubungan langsung dengan kaum-kaum lain, terutama dengan bumiputera tidak digalakkan.
KAUM MELAYU
Orang Melayu boleh ditafsirkan sebagai penduduk asal Tanah Melayu di mana nenek moyangnya datang dari Indo-China atau Yunnan lebih 3500 tahun dahulu. Namun penduduk Melayu kini sebenarnya lebih ramai ekoran kemasukan beberapa lagi kelompok masayarakat Melayu dari kepulauan lain ke Tanah Melayu. Sejak abad ke-9 lagi telah berlaku penghijrahan beramai-ramai masyarakat Melayu Indonesia ke Tanah Melayu. Penghijrahan ini berlaku ekoran kedudukan ekonomi, politik dan sosial yang smuanya boleh menjamin keselesaan mereka.
Orang Melayu boleh ditafsirkan sebagai penduduk asal Tanah Melayu di mana nenek moyangnya datang dari Indo-China atau Yunnan lebih 3500 tahun dahulu. Namun penduduk Melayu kini sebenarnya lebih ramai ekoran kemasukan beberapa lagi kelompok masayarakat Melayu dari kepulauan lain ke Tanah Melayu. Sejak abad ke-9 lagi telah berlaku penghijrahan beramai-ramai masyarakat Melayu Indonesia ke Tanah Melayu. Penghijrahan ini berlaku ekoran kedudukan ekonomi, politik dan sosial yang smuanya boleh menjamin keselesaan mereka.
Masyarakat Indonesia datang daripada berbagai-bagai pulau seperti Jawa, Sumatera, Sulawesi dan Riau. Sehingga tahun 1957, keturunan penduduk Melayu di Tanah Melayu berjumlah 2,427,834 orang, iaitu 49.8% daripada jumlah penduduk Tanah Melayu.
Sebelum zaman penjajahan, kegiatan ekonomi utama masyarakat Melayu ialah perdagangan. Perdagangan utama ialah melalui sungai-sungai utama di negeri Melayu. Justeru itu, kerajaan-kerajaan Melayu tradisional lebih tertumpu di tepi-tepi sungai.
Penguasaan ekonomi orang Melayu terhadap sektor ekonomi negeri masing-masing semakin berubah dan merosot setelah campur tangan British dalam hal-ehwal politik tempatan. Kemasukan buruh-buruh asing juga telah mengubah struktur ekonomi masyarakat Melayu.
Kemasukan buruh asing secara beramai-ramai telah menggalakkan kemunculan bandar2 baru seprti Taiping, Ipoh, Port Weld, Tapah dan Kampar di Perak; Kuala Lumpur, Port Swettenham dan Klang di Selangor serta Seremban dan Port Dickson di Negeri Sembilan. Bandar-bandar baru ini menjadi tumpuan buruh asing, manakala kaum Melayu masih kekal di bandar-bandar tradisi atau perkampungan masing-masing.
Walaupun peratusan penduduk bandar meningkat dari semasa ke semasa, namun peratusan kaum Melayu di Bandar-bandar masih lagi kecil.Ekoran perdagangan yang berat sebelah, prestasi ekonomi orang Melayu di zaman kolonial tidak mencapai sebarang kemajuan, malahan semakin merosot.
British memegang dasar agar orang Melayu kekal sebagai petani sara diri dan mengusahakan hasil setakat mampu menyara hidup. Masyarakat Melayu tidak digalakkan utk menyertai sektor ekonomi moden. Alasan British ialah agar adat resam dan tradisi orang Melayu tidak terganggu dengan pemodenan. Ini sbenarnya memberi lebih ruang kepada buruh asing menguasai sektor ekonomi keseluruhannya.
Hari ini orang Melayu merupakan kumpulan etnik terbesar di Malaysia, iaitu merangkumi lebih lima puluh peratus penduduk negara ini. Di malaysia , jika merujuk kepada orang melayu menunjukkan orang itu beragama islam dan mengamalkan kebudayaan Melayu , berbahasa Melayu dan mempunyai keturunan melayu. Orang Melayu terkenal kerana peramah dan budaya seni mereka yang sangat kaya.
KAUM CINA
Kaum Cina pula adalah kumpulan etnik kedua terbesar, yang mana kaum Cina merangkumi dua puluh lima peratus populasi. Kebanyakkan keturunan kaum Cina hari ini berasal dripada pendatang ke Negara ini pada kurun ke-19. Mereka terkenal kerana kuat bekerja dan pandai berniaga. Tiga kumpulan kecil kaum ini yang berbicara dialek Cina berbeza adala Hokkien yang tinggal di utara Pulau Pinang, Kantonis yang tinggal di Kuala Lumpur dan juga kumpulan bertutur bahasa Mandarin yang tiggal di kawasan selatan tanah air iaitu di Johor.
Penghijrahan masuk masyarakat Cina secara beramai-ramai berlaku selepas pengambilan Pulau Pinang oleh British dari tangan Sultan Kedah pada tahun 1876, pengambilalihan Singapura dari tangan Sultan Johor pada tahun 1819 dan selepas penubuhan Negeri-negeri Selat pada tahun 1826. Kebanyakan masyarakat Cina berasal dari Wilayah Kwangtung dan Tukuin. Ramai juga yang datang dari daerah Amoy, Sen-Yu, Hok-Chiu, Eng-Chon dan lain-lain.
Pada peringkat awal, buruh-buruh Cina bertumpu di tapak-tapak perlombongan awal seperti di Lukut dan Sungai Ujong. Penghijrahan semakin pesat sejajar dengan perkembangan aktiviti perlombongan. Catatan menunjukkan menjelang tahun 1870, bilangan masyarakat Cina di Sungai Ujong hampir 10,000 orang dan di Larut Perak pada tahun 1873 terdapat seramai 40,000 orang.
Kawasan-kawasan lombong bijih timah Kuala Lumpur, iaitu di Ampang, Sungai Kanching dan Klang kesemuanya diusahakan oleh buruh-buruh Cina. Selain aktiviti perlombongan, kemasukan org Cina ke Tanah Melayu disalurkan melalui aktiviti perladangan lada dan gambir. Org Cina dibawa masuk ke Johor melalui Sistem Kangchu dengan menggunakan surat kebenaran dipanggil Surat Sungai. Dari sistem ini, dicatatkan pada tahun 1870-an masyarakat Cina di Johor mencapai 100,000 orang.
Bilangan penduduk Cina menunjukkan pertambahan yang paling besar dari setahun ke setahun berbanding dengan bangsa lain. Pihak British menggalakkan kemasukan buruh Cina ini dengan meluluskan beberapa undang-undang yang berkaitan. Misalanya pada tahun 1877, The Chinese Immigrants dan The Crimpling Ordinance telah diluluskan. Jabatan perlindungan orang Cina telah ditubuhkan untuk melindungi orang Cina.
Orang Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu sebenarnya terdiri daripada berbagai-bagai kelompok yang boleh dibezakan dari segi loghat, adat dan pengkhususan ekonomi. Kelompok-kelompok utama ini ialah Hokkien, Kantonis, Hakka, Teochew dan Hailam.
Kebanyakkan orangg Hokkien terdiri daripada peniaga dan pekedai sementara orang Kantonis sebagai pelombong dan petukang. Orang Teochew menjadi pekedai dan peladang dengan membuka ladang tebu di Seberang Prai dan Pulau Pinang serta ladang gambir dan lada hitam di Johor. Orang Hakka ramai yamg menjadi pelombong sementara orang Hailam pula ramai yang membuka kedai-kedai makan. Antara semua kelompok ini, bilangan orang Hokkien adalah yang terbesar.
Walaupun kemasukan orang Cina berlaku besar-besaran, namun bilangan ini tidak menentu ekoran ramai yang sering keluar masuk. Bilangan orang Cina lebih stabil selepas Perang Dunia Kedua. Sehingga tahun 1957, bilangan penduduk Cina di Tanah Melayu ialah seramai 2,332,936 orang, iaitu 37.1% daripada jumlah penduduk Tanah Melayu.
KAUM INDIA
Kumpulan etnik terkecil antara tiga kumpulan etnik utama di Negara ini ialah kaum India yang merangkumi 10 peratus populasi. Kebanyakkan mereka berasal daripada pendatang Selatan India yang berbahasa Tamil, yang dating ke Tanah Melayu sewaktu zaman penjajahan British dulu untuk mengerjakan estet-estet. Mereka dating ke sini untuk mencari kehidupan yang lebih baik , luar dari system kasta yang diamalkan di india. Kebanyakkan mereka beragama Hindu. Mereka turut membawa budaya mereka yang unik serta pembinaan kuil , makanan pedas dan pakaian sari yang mewah.
Walaupun kedatangan buruh India ke Tanah Melayu hanya ketara pada abad ke 19 dan ke 20, sebenarnya hubungan antara India dengan Semenanjung Tanah Melayu telah berlaku lebih awal lagi. Hubungan terawal telah bermula sejak abad pertama Masihi apabila penganut Hindu-Buddha menyebarkan agama mereka di Nusantara. Hubungan seterusnya kelihatan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka apabila pedagang-pedagang India berniaga di pelabuhan Melaka.
Penghijrahan masyarakat India ke Tanah Melayu berlaku secara besar-besaran mulai tahun 1840-an. Kebanyakan buruh India datang dari selatan India. Buruh-buruh India bermula sebagai pekerja di lading-ladang tebu dan kopi di Seberang Prai.
Tumpuan masyarakat India ini ialah di kawasan-kawasan utama penanaman getah di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan. Catatan menunjukkan dari tahun 1900 hingga 10 tahun kemudiannya, seramai 48,000 buruh India telah berhijrah ke Tanah Melayu. Angka ini meningkat secara mendadak 10 tahun kemudiannya, iaitu antara tahun 1911 hingga 1920 apabila dianggarkan seramai 908,000 buruh India berhijrah ke Tanah Melayu.
Catatan menunjukkan 90% daripada golongan penghijrah ialah orang Tamil yang berasal dari Chennai, sementara selebihnya ialah Telugu dan Malayalam. Selain org Tamil, terdapat juga orang Punjabi dan orang Ceylon.
Kumpuluan etnik penduduk India yang terbesar ialah orang Tamil yang membentuk 80% daripada keseluruhan penduduk India di Tanah Melayu sementara orang Malayali meliputi 7%. Orang Telugu pula berjumlah 4%. Kebanyakan orang-orang Tamil dan orang-orang Telugu bekerja di estet-estet getah sebagai buruh. Ada juga di kalangan orang Tamil yang berkhidmat di jabatan-jabatan kerajaan pada awal abad ke-20.
Orang Punjabi turut datang ke Tanah Melayu dan pada peringkat awalnya mereka bertugas dalam perkhidmatan polis dan kereta api serta menjadi pengawal keselamatan. Buruh-buruh India yang bekerja di Tanah Melayu datang sama ada secara paksaan atau rela. Kumpulan yang dipaksa terdiri daripada banduan atau tawanan yang bekerja membina jalanraya, landasan kereta api, jambatan dan bangunan-bangunan kerajaan.
Mereka yang datang secara sukarela biasanya bekerja di lading-ladang tebu, kopi dan getah. Sistem yang paling popular dalam usaha membawa masuk buruh-buruh India ini ialah Sistem Kangani.Mengikut sistem ini, seorang pekerja yang telah bekerja di Tanah Melayu pulang ke India mencari buruh-buruh baru untuk bekerja dengannya di Tanah Melayu. Orang inilah yang digelar Kangani.
Namun sistem ini dihapuskan pada tahun 1938. Wujud juga sistem yang dinamakan Sistem Kontrak di mana seseorg pekerja itu bekerja mengikut jangka masa tertentu sebagaimana yang disebut di dalam kontrak.
Sehingga tahun 1957, jumlah penduduk India di Tanah Melayu menjangkau 695,985 orang iaitu 11.1% daripada jumlah penduduk Tanah Melayu.
KOMPOSISI DAN TABURAN PENDUDUK SELEPAS MERDEKA HINGGA KINI
Populasi Malaysia berjumlah 28.3 juta pada tahun 2010 berbanding 23.3 juta pada tahun 2000 (Carta 1). Ini menunjukkan purata pertumbuhan penduduk tahunan ialah sebanyak 2% dalam tempoh 2000-2010 910 tahun). Kadar ini agak rendah jika dibandingkan dengan pertumbuhan pada tempoh 1991 – 2000 iaitu 2.6% (Carta 2).
Komposisi Etnik
Jumlah populasi Malaysia 28.3 juta, di mana 91.8% adalah warganegara dan 8.2% adalah bukan warganegara. Warganegara Malaysia terdiri dari kumpulan etnik Bumiputera (67.4%), Cina (24.6), India (7.3%) dan lain-lain (0.7%).
ASAS KEBUDAYAAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA
(AGAMA DAN KEPERCAYAAN)
KAUM MELAYU
Penduduk majoriti terawal di Tanah Melayu ialah orang Melayu. Penduduk Melayu ketika itu hidup dengan agama dan kebudayaan mereka tersendiri malahan amalan mereka ini tidak terjejas walaupun dengan kemasukan buruh-buruh Cina dan India.Penduduk Melayu di Tanah Melayu amnya menganut agama Islam. Agama Islam dibawa masuk ke Tanah Melayu sejak abad ke-14 atau ke 15. Kesultanan Melayu Melaka memang terkenal sebagai pusat pemerintahan yang berperanan penting dalam memastikan penyebaran dan pengekalan agama Islam.Islam ialah agama samawi yang terkandung dalam al-Quran, yang dianggap penganutnya sebagai kalam Allah. Agama Islam ialah berkonsepkan kepercayaan kepada Tuhan yang satu. Dalam agama Islam, al-Qur’an dijadikan sebagai asas perundangan yang utama bersama-sama dengan nasihat daripada Nabi Muhammad (saw) sendiri serti hadis-hadis.
Islam ialah agama yang paling meluas dianuti di Malaysia dan secara keseluruhannya, ajaran Islam bermatlamat untuk:
1. Melahirkan manusia yang mempunyai konsep kepercayaan yang betul, iaitu hanya percaya kepada kekuasan ALLAH semata-mata.
2. Melahirkan manusia yang mempunyai cara hidup yang tersusun dan bersistematik dalam situasi kehidupan.
3. Melahirkan manusia yang bertanggungjawab sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini dan sekaligus melahirkan manusia yang mengenali diri dan mempunyai hala tuju hidup.
Islam mentafsirkan bentuk-bentuk hubungan yg berlaku dlm hidup manusia ini, iaitu:
1. Dalam hubungan manusia dengan ALLAH (swt), ALLAH (swt) telah menciptakan segala-galanya untuk kebahagiaan manusia.
2. Dalam hubungan manusia dengan manusia, Islam menuntut hubungan yang berdasarkan persaudaraan dan satu keturunan tanpa mengira perbezaan warna kulit, bahasa, tempat dan agama.
3. Dalam hubungan manusia dengan alam pula bermaksud manusia perlu menghormati kejadian alam kerana manusia merupakan makhluk yang diamanahkan oleh ALLAH. Manusia adalah pentadbir alam (khalifah), dan perlu memeliharanya daripada sebarang kerosakan dan kemusnahan.
KAUM CINA
Masyarakat Cina yang datang ke Tanah Melayu mengubah struktur kemasyarakatan negara ini sekaligus menyumbang kepada pembentukan masyarakat majmuk. Golongan ini turut membawa bersama agama dan kepercayaan yang mereka anuti ke negara ini dan kekal mengamalkan agama dan kepercayaan masing-masing tanpa halangan dan sekatan. Antara agama atau kepercayaan yang diamalkan oleh masyarakat Cina ialah fahaman Taoisme. Taoisme merupakan sistem falsafah dan keagamaan Cina. Taoisme berasal daripada perkataan Tao yang bermaksud ‘Jalan’ (The Way). Taoisme mengajar pengikutnya untuk mencapai ketenangan jiwa, kedamaian fikiran dan keharmonian emosi.
Berberapa konsep yang wujud diantaranya :
# Konsep kekeluargaan dalam Confucianisme
Ajaran ini mementingkan organisasi kekeluargaan. Dalam sesebuah keluarga,
kasih sayang sesama kaum kerabat, ketaatan kepada ibu bapa dan abang sangat
dititikberatkan.
# Ketaatan anak
Aspek ini merujuk kepada penghormatan yg patut diberikan oleh anak kepada ibu bapa
# Konsep Yin dan Yang
Konsep ini menyebut bahawa semua benda yang ada di dunia ini merupakan gabungan unsur pasif, dikenali sebagai Yin dan unsur aktif, dikenali sebagai Yang. Gabungan Yin dan Yang akan membawa keamanan dan keharmonian. Menurut teori, Yang merupakan kuasa positif dalam alam seperti panas matahari, bumi dan kering, iaitu tanda-tanda yang melambangkan kepintaran, kekuatan dan kepimpinan. Yin pula melambangkan kuasa-kuasa negatif alam seperti sejuk, bulan dan lautan yang melambangkan sifat-sifat lemah, gelap dan pasif.
KAUM INDIA
Masyarakat India yang tiba ke Tanah Melayu turut membawa bersama agama dan budaya yang diamalkan dari India.
Agama yang paling banyak dianuti oleh masyarakat India ialah agama Hindu. Agama Hindu, sebuah Agama yang tertua di dunia. Hindu sebenarnya bukan sebuah agama malah sebuah tradisi yang di kembangkan hampir 10,000 tahun oleh masyarakat India. Perkataan Hindu berasal daripada perkataan Sindhu, Ia itu nama tempat tamadun Kaum India bermula, penduduknya digelar sindhu dan lama kelaman ia berubah menjadi Hindu. Nama dan gelaran yang betul bagi pengikut ajaran ini ialah “Vedandi” yang bermaksud – Manusia yang diberi Veda atau Pengikut Veda
Ciri-ciri yang terkandung dalam di dalam agama Hindu :
1) Kepercayaan kepada banyak Tuhan - Agama Hindu berbentuk politestik, iaitu mempunyai banyak tuhan.
-Antara tuhan tersebut ialah Brahma (Tuhan Pencipta), Vishnu (Tuhan Pelindung)
dan Siva (Tuhan Pembinasa)
2) Konsep karma dan kelahiran semula -Masyarakat hindu percaya bahawa kelahiran mereka ke dalam salah satu kasta amat dipengaruhi oleh kelakuan mereka semasa dalam kehidupan yang terdahulu.
-Unsur yang menentukan kasta mana yang bakal diduduki selepas kelahiran semula ialah karma.
3) Kitab-kitab Veda
-Kitab veda ialah kitab yang menjadi panduan dalam masyarakat pengamal agama Hindu. Kitab-kitab ini mengandungi riwayat hidup, amalan-amalan politik, kebudayaan, tempat, pakaian, minuman dan sebagainya.
Antara upacara dan penyembahan yang dijalankan oleh kaum India ialah
Bakti – Percaya, Taat dan Cinta kepada Tuhan.
Kriya – Berpuasa – Membuat Yoga, Meditasi dan Bertapak
Nyana – Belajar Kitab-kitab Suci dan Mendengar Nasihat Para Wali dan Yogi.
Karma – Membantu orang yang miskin dan kurang upaya. Mengajar sesama manusia tentang Tuhan dan cara hidup yang betul
Larangan dalam agama ini ialah:
*Dilarang makan daging atau bahan dari badan binatang.
*Dilarang membunuh termasuk binatang.
*Dilarang minum arak dan bahan yang memabukkan.
*Dilarang merogol / Cabul Kehormatan wanita.
*Dilarang mencuri dan merompak.
*Dilarang membuat sesuatu perkara yang boleh merosakkan kehidupan manusia atau makhluk lain.
*Dilarang memotong pokok.
MASYARAKAT SARAWAK
Kaum majoriti di Sarawak meliputi orang Iban (Dayak Laut), Orang Melayu dan Orang Melanau.
Amnya orang Iban tidak mempunyai agama yang tertentu. Mereka masih lagi berpegang kepada ajaran animisme sejak dahulu dan setelah kedatangan kuasa-kuasa barat, sebahagian besar masyarakat Iban beragama Kristian.
Animisme adalah kepercayaan manusia tentang adanya roh-roh gaib yang mengatur, menaungi, mengayomi serta mengendalikan kehidupan manusia yang meliputi roh-roh baik dan roh-roh jahat yang harus dihormati. Ini merupakan definisi animisme secara umum. Kata "animisme" berasal dari bahasa latin anima yang artinya roh atau nyawa yang mencakup nafas atau jiwa manusia. Kepercayaan ini berawal pada saat kehidupan manusia masih primitif dan muncul secara alami pada diri manusia dimana manusia mengetahui adanya kematian. Nafas dianggap sebagai wujud fisik dari jiwa, jika nafas terputus maka jiwa akan berpindah tempat dan alam. Jiwa manusia dipercaya bisa berpindah ke makhluk hidup, benda mati, maupun pohon.
Roh-roh orang yang telah meninggal dipercaya menjadi penguasa alam dan berhubungan dengan kehidupan manusia yang masih hidup. Beberapa peneliti menyimpulkan bahwa hal ini merupakan cara orang-orang primitif untuk mengungkap misteri tidur, mimpi dan kematian.
Animisme berhubungan erat dengan dinamisme, yaitu kepercayaan manusia tentang adanya benda-benda yang memiliki kekuatan gaib.
Bagi masyarakat Melayu di Sarawak, mereka berpegang kepada ajaran Islam.
Bagi masyarakat Melanau mereka asalnya merupakan pagan (tidak mempunyai pegangan agama), bagaimanapun selepas pemerintahan kesultanan Brunei dan pemerintahan keluarga Brooke, ramai antara mereka yang memeluk agama Islam dan Kristian.
MASYARAKAT SABAH
Masyarakat Kadazan-Dusun, ialah masyarakat terbesar di Sabah yang memegang kepercayaan animisme. Sebahagian kecil daripada mereka telah memeluk agama Islam dan Kristian.
Berikut merupakan kepercayaan animisme yang diamalkan di Sabah:
* Orang lanun percaya penyakit ada kena mengena dengan syaitan.
* Percaya ilmu batin dan perkara ghaib seperti ilmu palimun (ghaib), kublak (kebal), dualatut (dipukul tidak rasa sakit), mabagar (kuat), pagawang (menakutkan musuh dengan suara)
* Orang Bumiputera Sabah juga percaya adanya jimbaran (orang belaan) dan kemasukan apok-apok (lintasan).Terdapat banyak lagi kepercayaan animism yang diamalkan dan dipercayai oleh kaum di Sabah selain daripada yang dinyatakan. Ini terjadi kerana kebanyakan nasyarakat di Sabah merupakan orang asli..Di kawasan pendalaman, ramai yang masih tidak mempunyai pegangan agama. Bagi masyarakat Bajau, hampir semua daripada kalangan mereka beragama Islam. Namun begitu terdapat juga penganut-penganut agama lain di Sabah antaranya ada mereka yang beragama islam dan ada juga yang beragama kristian. Selain itu, masyarakat di Sabah juga mengamalkan agama dan kepercayaan sejak turun temurn dari nenek moyang mereka.
(KEBUDAYAAN DAN ADAT RESAM)
KAUM MELAYU
- Bahasa yang dituturkan oleh orang Melayu terdiri daripada kelompok bahasa Antronesia.
- Bahasa yang digunakan oleh orang Melayu ialah bahasa Melayu.
- Sebelum kedatangan barat, tulisan yang digunakan oleh orang Melayu ialah tulisan jawi, iaitu pengaruh yang dibawa oleh pedagang-pedagang Arab sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi.
- Dua jenis adat yang menjadi amalan penduduk Melayu di Tanah Melayu ialah Adat Perpatih dan Adat Temengung.
1. Adat Perpatih diamalkan oleh masyarakat Melayu di Negeri Sembilan. Adat ini menekankan konsep demokrasi dan muafakat. Raja bukan berkuasa mutlak. Dalam adat ini juga, pewarisan harta pusaka diutamakan kepada anak perempuan.
2. Adat Temenggung menjadi amalan masyarakat Melayu seluruh Semenanjung, kecuali Negeri Sembilan. Adat ini menekankan pemerintahan raja mutlak dan keutamaan kepada kaum lelaki. Adat ini juga turut mendapat pengaruh yang banyak dari agama Islam.
- Antara adat lain yang wajib dijalani oleh orang melayu yang bergelar islam ialah :
1. berkhatan atau bersunat. Adat bersunat bagi bayi perempuan lazimnya dilakukan ketika bayi itu masih kecil iaitu beberapa hari selepas dilahirkan. Namun demikian, kebanyakan kanak-kanak perempuan akan menjalani upacara ini sekurang-kurangnya ketika berumur setahun atau lebih. Adat ini dijalankan oleh bidan. Bagi kanak-kanak lelaki mereka akan menjalani adat bersunat atau juga dipanggil berkhatan ketika berumurdalam lingkungan 8 hingga 12 tahun. Adat berkhatan akan dijalankan oleh tok mudim.
2. Perayaan – perayaan yang berbentuk keagamaan bagi orang Melayu ialah Aidilfitri, Aidiladha, Nuzul Qur’an, Maulidur Rasul dan Awal Muharram.
Sambutan Hari Raya Aidilfitri ini akan ditentukan harinya apabila anak bulan Syawal (rukyah) dapat dilihat pada penghujung bulan Ramadan. Ini mengikut hisab berdasarkan Takwim Tahun Islam. Kebiasaannya, apabila sudah ditentukan 1 Syawal itu, pada malamnya, umat Islam akan beramai-ramai bertakbir hari raya di masjid atau pun surau.
Hari Raya Aidiladha atau juga disebut Hari Raya Korban dan Hari Raya Hajimerupakan perayaan agama yang disambut oleh seluruh umat Islam di dunia. Orang-orang Islam menyambut Aidiladha pada tanggal 10 Zulhijjah pada setiap tahun. Malah, bulan ini merupakan bulan terakhir dalam kalendar Hijrah Islam. Perkataan 'Aidiladha' berasal daripada bahasa Arab yang membawa maksud 'hari penyembelihan korban'. Ini sempena memperingati kisah Nabi Ibrahim A.S yang diperintahkan oleh Allah S.W.T agar menyembelih anaknya, iaitu Nabi Ismail A.S.
KAUM CINA
- Dari segi pakaian, masyarakat Cina kini kebanyakan telah menggunakan pakaian yang moden bercirikan Barat. Namun, pakaian tradisi golongan wanita Cina masih digunakan sehingga kini. Salah satunya ialah ‘samfoo’ yang terdiri daripada kombinasi blaus dan seluar, pakaian ini lebih kerap digunakan oleh golongan tua. Selain itu. ‘cheongsam’.
- Makanan asas masyarakat Cina ialah nasi dan jenis masakan utama ialah masakan Kantonis, Hokkien dan Szechuen.
- Manakala perayaan kaum Cina ialah Tahun Baru Cina, Chap Goh Mei, Perayaan Ching Ming, Perayaan Hantu Lapar, Perayaan Kuih Bulan.Kaum Cina menyambut Tahun Baru Cina. Tahun Baru Cina merupakan perayaan yang terbesar dan terpenting bagi kaum cina.
Tahun Baru Cina dianggap penting kerana membolehkan semua ahli keluarga yang belajar atau bekerja di luar negara dapat pulang ke rumah untuk berkumpul bersama.
Pada Tahun Baru Cina, ibu bapa atau orang yang lebih tua akan memberi ang pau kepada anak-anak sebagai tanda baik agar mereka boleh hidup dengan lebih sihat dan bahagia. Sebelum sehari Tahun Baru Cina, semua keluarga cina akan berkumpul bersama dan makan bersama-sama (reunion) untuk melambangkan bersatu semula atau perpaduan.
- Tahun Baru Cina akan disambut selama 15 hari sehingga Chap Goh Mei. Hari Chap Goh Mei merupakan Tahun Baru Cina yang terakhir.
- Oleh itu, semua orang cina menyambutnya dengan gembira dan ceria dimana makan dan berkumpul bersama dengan ahli keluarga.
- Bagi kaum wanita yang belum kahwin, mereka digalakkan menulis nama dan nombor telefon di atas limau mandarin dan dibuang ke dalam sungai. Kaum lelaki yang masih bujang pula boleh mengutip limau yang dibuang agar boleh mencari jodoh mereka menerusi limau mandarin.
- Mereka akan membawa makanan untuk bersembahyang nenek moyang disamping berbual-bual. Selain itu, mereka juga akan membakar kertas-kertas wang dan bahan keperluan asas kepada nenek m0yang kerana mereka yakin nenek moyang jug akan menggunakan wang pada dunia yang ketiga.
- Pesta Kuih Bulan juga merupakan perayaan yang penting bagi kaum cina. Pesta ini disambut pada 15 haribulan pada bulan ke-8 dalam kalender cina. Pada hari itu, orang cina akan makan kuih bulan dan kanak-kanak pula akan bermain tanglung. Manakala golongan orang tua akan bersembahyang bulan yang cantik dan bulat pada malam tersebut.
KAUM INDIA
Asasnya masyarakat Hindu di India terbahagi kepada hierarki sosial yang tertentu. Hierarki tersebut dipanggil sistem kasta.
Dalam sistem kasta, masyarakat Hindu di India dibahagikan kepada empat hierarki sosial, iaitu:
1. Brahmin – terdiri dari golongan bangsawan dan alim ulama. Golongan ini dikatakan menyamai taraf kepala pencipta
2. Ksyatria – terdiri dari golongan pahlawan dan dianggap menyamai taraf tangan pencipta.
3. Vaisya - terdiri dari rakyat biasa yg kebanyakannya bekerja sebagai pedagang atau petukang dan tarafnya sama dengan paha pencipta
4. Sudra - terdiri daripada golongan hamba abdi yg kedudukannya disamakan dengan kaki pencipta.
Makanan masyarakat India di negara ini ialah nasi dan roti-roti seperti ‘chappati’, ‘paratta’ , ‘thosai’ dan ‘puri’. Thosai merupakan makanan kegemaran orang India. Makanan ini menjadi menu utama dalam hidang Hari Deepavali.
Thusai sedap dimakan dengan kuah yang digelar 'sandhini'.
Pakaian tradisi kaum wanita ialah sari iaitu sejenis pakaian daripada kain sepanjang enam ela yang dililitkan di keliling badan dan dipakai bersama dengan sehelai blaus.
Pakaian tradisi kaum lelaki pula digelar dhotis, iaitu sejenis kain berwarna putih. Kaum lelaki juga mengenakan vesti atau kurta iaitu pakaian putih untuk ke kuil atau perayaan tertentu.
Masyarakat India juga mempunyai berbagai perayaan iaitu Deepavali, Thaipusam dan Thai Ponggal.
1. Hari Deepavali : merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia dan merupakan hari cuti di Malaysia. Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa"yang beerti cahaya dan perkataan "Gavali" yang beerti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalender Tamil (antara bulan Oktober dan November) dan juga dikenali sebagai pesta cahaya.
2. Hari Thaipusam : merupakan satu perayaan yang disambut oleh masyarakat beragama Hindu di seluruh dunia. Perayaan ini bagi menghormati dewa Hindu, iaitu Lord Murugan. Perayaan ini disambut pada bulan kesepuluh dalam kalendar Tamil yang dikenali juga sebagai bulan 'Thai'. Bagi penganut yang beragama Hindu, Thaipusam adalah hari untuk menghapuskan dosa-dosa dan bertaubat sepenuhnya akan kesalahan yang lepas.
3. Thaiponggol : merupakan perayaan menuai yang diraikan mengikut kalender Hindu. Disebabkan hari perayaan Thaiponggol ditetapkan dalam kalender Hindu, hari Thaiponggol disambut berbeza dengan tempoh menuai yang sebenar. Pada kebiasaannya, orang-orang Tamil akan meraikan perayaan menuai Thaiponggol pada minggu kedua bulan Januari.
MASYARAKAT SARAWAK
Masyarkat Iban tinggal di rumah panjang. Rumah ini didiami oleh beberapa buah keluarga.
Rumah Panjang orang Iban ialah cantuman beberapa buah bilik yang dimiliki oleh keluarga yang berasingan dan membentuk satu deretan rumah yang panjang.
Setiap rumah panjang mesti mempunyai tokoh-tokoh pemimpin seperti ‘Tuai Rumah’ dan ‘Tuai Burong’. Tugas ‘Tuai Rumah’ biasanya melibatkan hubungan antara keluarga, masalah hubungan dan lain-lain masalah yang berkaitan dengan alam nyata.
Rumah panjang suku kelabit pula tidak ada bilik untuk keluarga, cuma terdapat bilik yang memisahkan ruang sebelah luar dengan ruang sebelah malam.
Pakaian istiadat suku kaum Iban adalah KainSirat, Dandong, PuaKumbu bagi kaum lelaki berserta memakai Baju Burung dan sirat serta tali pinggang lampit dan manikmanik. Kepala memakai setapok tunjang dan bulu kenyalang. Wanita memakai bidang berhias syiling dan loceng serta selampai dan mare kempang. Perhiasan diri dari perak seperti ringgit gobeng, gelang kelunchong dan sugu tinggi. Contohnya, Bidang,Kalambi,Bedong bagi kaum wanita
Masyarakat Melanau merupakan masyarakat etnik yang terdapat di Sarawak. Adat resam ini jelas terlihat dalam aspek kehidupan mereka seperti kelahiran, perkahwinan dan juga kematian.
Manakala masyarakat Bidayuh pula merupakan masyarakat etnik Sarawak yang rata-ratanya mendiami kawasan bukit di luar bandar Kuching. Terdapat pelbagai suku kaum di kalangan masyarakat Bidayuh dan masing-masing mengamalkan pegangan serta adat resam yang tersendiri.
Kebudayaan dan adat resam ini banyak dipengaruhi oleh unsur-unsur ritual dan kepercayaan yang mereka anuti.
Kebanyakan mereka bekerja sebagai nelayan.
Kebanyakan rumah di perkampungan Melayu Sarawak diperbuat daripada kayu dan kebanyakannya masih terletak di tepi sungai yang jauh daripada bandar atau pekan.
Mereka masih bergantung kepada industri tradisional seperti mengukir kayu, perak dan membuat tenunan kain songket.
Agama Islam banyak mempengaruhi kehidupan masyarakat Melayu Sarawak terutama aspek kebudayaan dan kesenian.
Bagi aspek pembinaan, kebanyakan rumah atau bangunan mempunyai simbol atau ciri-ciri keislaman.
Begitu juga dengan adat resam perkahwinan yang sememangnya berlandaskan Islam.
MASYARAKAT SABAH
Masyarakat Kadazan di Sabah juga mempunyai berbagai adat resam budaya yang berkait dengan kematian, kelahiran.
Kaum Kadazandusun ini memiliki banyak budaya yang boleh diwarisi contohnya dari segi asal-usul, lagenda dan perkembangan suku kaum Kadazandusun, bahasa, pakaian tradisional, muzik berunsurkan tradisional, corak kehidupan masyarakatnya, tarian tradisional dan kemuncak bagi pemartabatan warisan budaya Kadazandusun ialah Perayaan Pesta Kaamatan yang diadakan pada setiap tahun.
Dalam aspek asal-usul, lagenda dan perkembangan suku kaum Kadazandusun menjelaskan tentang kelahiran kaum Kadazandusun dan lagenda kelahiran kaum ini bermula dari "Nunuk Ragang" sehinggalah kepada perkembangan dan penyebaran sukukaum ini ke seluruh pelusuk negeri Sabah yang telah banyak mempengaruhi sosio budaya mereka mengikut tempat yang baru, contohnya dari aspek bahasa dan corak kehidupan mereka.
Mengikut statistik, terdapat lebih kurang 40 etnik yang terdapat dalam suku kaum Kadazandusun. Dari aspek bahasa, perbezaan loghat, sebutan dan ejaan banyak dipengaruhi mengikut etnik tertentu.
Pakaian tradisi ini pula berbeza mengikut kawasan dan sosio budaya sukukaum Kadazandusun. Dalam aspek ini, tumpuan diberikan kepada corak pakaian dalam perayaan tertentu. Setiap etnik dalam Kadazandusun mempunyai pakaian tradisinya sendiri. Dalam kehidupan masyarakat Bajau pula, terdapat empat kategori norma atau nilai iaitu hubungan lelaki dengan perempuan, pertunangan, perkahwinan dan perceraian.
Tarian limbai di iringi oleh irama kulintangan. Kumpulan muzik ini mengandungi enam orang pemain yang diketuai oleh seorang wanita yang memainkan kulintangan, dua orang pemukul gendang, dua orang pemain gong dan seorang pemain bebandil.Tarian ini mengiringi anggota-anggota rombongan pengantin lelaki naik ke rumah. Penari-penari melambai-lambaikan selendang mereka sebagai lambang mengundang dan mengucapkan selamat datang
PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL
Malaysia merupakan sebuah negara yang unik di mana rakyatnya terdiri daripada pelbagai etnik dan kaum iaitu di Semenanjung Malaysia terdiri kaum Melayu, Cina dan India. Manakala, di Sabah terdiri daripada suku kaum Rungus, Dusun, Bajau, Eranun, Sungai, Kimaragang, Suluk dan Murut serta kaum di Sarawak pula antaranya terdiri daripada kaum Iban, Melanau dan lain-lain (Tang Chee Yee, 2006). Oleh itu, perpaduan dan integrasi nasioal adalah satu keperluan bagi menjamin rakyat hidup dalam suasana aman damai.
Perpaduan nasional umumnya merujuk kepada penyatuan berbagai-bagai kelompok yang mempunyai latar belakang sosial dan kebudayaan yang berbeza-beza. Usaha ke arah perpaduan di Malaysia dapat dilihat melalui penyatuan Sabah, Sarawak dan negeri-negeri Semenanjung (Syed Omar Syed Agil Al-Attas, 2007).
Manakala, konsep integrasi adalah lebih luas. Ia dikatakan satu proses yang abstrak, satu penyatuan yang sebati dan berpanjangan. Integrasi merupakan satu proses yang menyatupadukan pelbagai kelompok dalam masyarakat melalui satu identiti. Ekoran kejadian 13 Mei 1969, kerajaan mula menumpukan usaha-usaha dan strategi ke arah mewujudkan integrasi nasional (Syed Omar Syed Agil Al-Attas, 2007).
Secara ringkasnya, perpaduan dan integrasi nasional adalah matlamat asas bagi negara Malaysia. Konsep perpaduan sangat penting dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang teguh dan bersatu padu. Secara tidak langsung, perpaduan dapat menjamin keselamatan negara, kestabilan ekonomi dan politik dalam jangka masa yang panjang (Syed Omar Syed Agil Al-Attas, 2007).
Perpaduan dan integrasi nasional juga memberi maksud bahawa satu proses dan sistem hidup yang menyatupadukan seluruh anggota masyarakat dan negara menerusi ideologi negara supaya setiap anggota masyarakat itu dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta semangat kebangsaan yang tunggal dikalangan mereka. Selain itu, ia juga membawa maksud satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dikalangan kumpulan yang terpisah dari segi budaya, sosial dan penempatan di dalam sesebuah unit politik (Natra Nadea, 2010).
Bagi memantapkan lagi perpaduan dikalangan rakyat pelbagai etnik dan kaum, kerajaan telah menubuhkan Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat pada 27 Oktober 1990 dengan tujuan untuk menggalakkan perpaduan masyarakat pelbagai kaum dan integrasi nasional, memberi bantuan khidmat kebajikan masyarakat, membangunkan dan mengintegrasikan masyarakat kaum Asli, memajukan kepentingan dan penglibatan wanita dalam pembangunan negara serta menyelaraskan program kependudukan dan pembangunan keluarga (Natra Nadea, 2010). Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat telah melancarkan dan melaksanakan beberapa program dan dasar-dasar bagi menjamin kepentingan semua kaum termasuk kaum minoriti tanpa mengira kepentingan kaum majoriti melalui Program Belia, Sekolah Wawasan dan Pelan Integriti Nasional (PIN) (Amir Hasan Dewi, 2006).
INTEGRASI & PERPADUAN NASIONAL
Dari segi definisi Integrasi adalah satu proses yang menyatupadukan pelbagai kelompok dalam masyarakat melalui satu indentiti bersama. Bagi negara yang berbilang bangsa, proses ini merupakan satu matlamat utama yang diusahakn agar berjaya. Kejayaan Malaysia mengekalkan keamanan dalam tempoh yang lama dengan rakyat berbilang bangsa dan kepercayaan adalah satu contoh terbaik kejayaan proses intagrasi.
Manakala perpaduan pula adalah proses menyatukan pelbagai bangsa dalam sesebuah negara supaya mempunyai hasrat dan cita-cita yang sama tentang negaranya.
Perpaduan rakyat Malaysia adalah satu perkara penting yang perlu diberi perhatian dalam proses pembangunan negara. Selain daripada aspek ekonomi, politik, perpaduan juga merupakan agenda penting dalam kemajuaan sesebuah negara. Relatifnya, ekonomi dan politik yang stabil akan memberi sumbangan yang besar dalam proses perpaduan.
CABARAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA
- Perpaduan menjadi matlamat utama sesebuah negara, terutama negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti Malaysia. Hal ini kerana, apabila tiada perpaduan pada tahap yang sangat rendah, pertelingkahan antara kaum akan sering berlaku. Fenomena ini boleh menimbulkan ketidakamanan dan banyak kemusnahan. Pandangan ini terbukti apabila tercetusnya satu peristiwa berdarah di negara ini pada 13 Mei 1969.
- Negara ini menjadi berbilang kaum selepas kedatangan British yang membentuk dasar imigrasi liberal dan mengaplikasikan situasi pecah dan perintah.
- Orang Melayu tinggal di kawasan kampung mengerjakan sektor pertanian, menangkap ikan & kerja2 kampung yang lain. Sebahagian tinggal di kawasan bandar, terlibat dalam pentadbiran.
- Cina, kebanyakan tinggal di kawasan bandar menjadi peniaga ataupun tinggal di kawasan perlombongan mengerjakan lombong2.
- India, ditempatkan di estet-estet untuk mengerjakan ladang-ladang getah & kelapa sawit.
- Pengasingan tempat tinggal menyebabkan sistem pendidikan setiap kaum dipisahkan.
- Orang Melayu ketinggalan dari segi ekonomi berbanding dengan kaum Cina akibat dari pengasingan.
MASALAH-MASALAH AWAL PERPADUAN KAUM RAKYAT MALAYSIA
Kerajaan menghadapi masalah perpaduan apabila tercetusnya rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Hasil kajian yang dijalankan, masalah-masalah yang wujud ini boleh dikenal pasti melalui beberapa situasi meliputi ekonomi, politik dan sosial.
1) Pemisahan Tempat Tinggal / Penempatan
- Memudahkan sistem perekonomian dan perhubungan
- Kesan pemecahan yang dilaksanakan oleh British
- Tidak memungkinkan masyarakat bercampur gaul dan memahami budaya dan adat resam orang lain
Faktor pemisahan tempat tinggal :
- Mereka rasa lebih selamat tinggal bersama kenalan terutama bagi medapatkan batuan semasa kesusahan.
- Kurang memahami budaya, agama, adat resam dan pantang larang kaum-kaum lain menyebabkan mereka takut untuk tinggal dalam kelompok kaum lain kerana takut tercetusnya perselisihan.
- Mereka rasa percampuran dan pergaulan boleh membahayakan mereka dari segi politik atau ekonomi.
- Pengelompokan petempatan mengikut kaum lahir ekoran pengasingan sektor ekonomi setiap kaum.
- Akibat tumpuan tertentu, orang Melayu kekal sebagai petani sara diri dan nelayan, orang Cina digalakkan untuk bergiat dalam sektor perdagangan dan perlombongan sementara orang India dikekalkan di este-este.
- Aktiviti ekonomi berbeza tidak memungkinkan setiap kaum untuk bertemu dan bergaul.
- Hanya ada pertemuan masa berurusan perniagaan dan ketika mendapatkan perkhidmatan kerajaan
- Wujud kepelbagaian sekolah mengikut kaum berdasarkan tempat tinggal masing-masing disebabkan sistem pendidikan yang ditinggalkan oleh British.
- Pelajar Melayu hanya ada dua jenis sistem pendidikan, iaitu sekolah vernakular Melau ataupun beraliran Inggeris.
- Bagi masyarakat India, sekolah Tamil dibuka di estet-estet. Mutu pengajaran oleh guru dari India sangat rendah. Tiada bahasa Tamil pada peringkat menengah. Justeru, mereka tidak berpeluang mendapat pekerjaan yang baik dan terpaksa bekerja di estet.
- Orang Cina mempunyai sistem pendidikan sendiri dan terkenal dengan tradisi mementingkan pendidikan anak-anak. Guru-guru dan buku teks yang digunakan di sekolah dibawa dari negara China. Justeru, pelajar Cina lebiih mementingkan pergolakan politik, ekonomi dan sosial yang berlaku di negara China berbanding dengan perkembangan Tanah Melayu.
- Bagi kaum India & Cina, hal-hal yang berlaku di negara asal adalah lebih penting daripada isu politik di Tanah Melayu.
- Setiap kaum sentiasa berusaha mengekalkan identiti kaum, bahasa & budaya masing-masing dengan menggunakan media-media & saluran-saluran seperti pendidikan, program keagamaan, akhbar & persatuan-persatuan social.
- Pada tahun 1930-an, telah berlaku pergeseran antara orang Cina dgn Jepun. Ramai orang Cina di Tanah Melayu terdorong untuk kembali ke tanah air mereka bagi membantu sanak saudara mereka.
- Orang India menganggap India sebagai tanah air mereka & berharap untuk kembali. Persatuan persatuan India juga muncul lebih cepat seperti Persatuan India Pusat pada tahun 1937 yang memperjuangkan pekerja-pekerja India.
- Orang Melayu, pastikan hak & kepentingan mereka. Situasi ini tergambar sebagaimana yang diperjuangkan oleh orang Melayu melalui tulisan-tulisan mereka dalam majalah-majalah seperti Saudara, Pengasuh, Utusan Melayu, Warta Malaya dan Majlis.
- Fahaman politik yg berbeza menyebabkan kesukaran PERIKATAN utk menang 2/3 majoriti dlm Pilihan Raya 1969. Walaupun pada waktu itu MCA dan MIC telah anggotai PERIKATAN.
- PERIKATAN berjaya memenangi 67 dpd 104 buah kerusi.
- Orang Melayu & penduduk asli lain menguasai bidang yang mundur iaitu kerja yang memerlukan banyak tenaga manusia & berteknologi rendah sementara pulangan & gajinya yang rendah.
- Orang Melayu lebih kuasai sektor primer. Orang Cina pula kuasai sektor yang lebih maju & berteknologi moden.
- Ketidakseimbangan pendapatan ini menyebabkan setiap kaum saling mencemburui antara satu sama lain. Orang Melayu mencemburui kemewahan & kejayaan orang Cina, sementara orang Cina & India mencemburui kelebihan orang Melayu yang dapat peluang perkhidmatan dalam sector-sektor pentadbiran awam.
- Setiap kaum menganut agama yg berbeza-beza. Namun, masih ada kaum-kaum ini yang menganut agama yang tidak majority dalam kelompok mereka seperti India-Muslim & Cina beragama Kristian.
- Kaum Bumiputera di Sabah & Sarawak menganut agama Kristian.
- Cina, uatamakan perkembangan & kejadian yang berlaku di negara Cina. Perkembangan ini memperkenalkan semangat kecintaan kepada tanah air asal & kaum masing-masing sahaja serta menyulitkan mereka untuk memahami bahasa, budaya & sensitivti kaum-kaum lain.
- Tamil, menonjolkan berita di India.
- Tanah Melayu, Sabah & Sarawak dijajah oleh Jepun dari tahun 1942-1945.
- Jepun amalkan sikap berat sebelah dengan anti-China & beri peluang kepada orang Melayu terlibat dalam sektor pentadbiran. Apabila Jepun menyerah kalah, iaitu sebelum pihak British kembali ke Tanah Melayu.
- Ramai kaum China yang anggotai pasukan Tentera Rakyat Malaya Anti-Jepun atau dikenali sebagai Bintang Tiga telah keluar dari hutan & membalas dendam terhadap orang Melayu.
- Pergaduhan yang berlaku melibatkan banyak kematian.
RUSUHAN KAUM 13 MEI 1969
- Rusuhan kaum telah berlaku pd 13 Mei 1969, terutama antara kaum Melayu dengan Cina.
- Tragedi ini berlaku sebaik sahaja selepas Pilihan Raya 1969 di mana parti-parti pembangkang, terutama Parti Tindakan Rakyat (DAP) dan Gerakan mendapat kemenangan yang memberangsangkan.
- DAP dan Gerakan telah mengadakan perarakan besar-besaran pada 11 dan 12 Mei 1969 yang sesetengahnya adalah tanpa izin daripada pihak polis. Perarakan ini sebenarnya merupakan kesinambungan daripada peristiwa perarakan jenazah yang dilakukan oleh parti Buruh pada 9 Mei 1969 terhadap seorang pemuda Cina yang terbunuh dalam pertempuran dengan pihak polis sebelum pilihan raya.
- UMNO yang rasa tercabar kemudian, turut mengadakan perarakan atas kejayaan mereka menubuhkan kerajaan selepas pilihanraya tersebut.
- Perarakan ini diketuai oleh Datuk Harun Idris, Menteri Besar Selangor.
- Perarakan ini telah mencetus rusuhan dan pergaduhan hingga terpaksa memanggil tentera untuk mengawal keadaan.
- Walaupun rusuhan hanya berlaku di kawasan yang terhad iaitu hanya di kawasan Kuala Lumpur dan di kawasan sekelilingnya sahaja, namun ia telah menyedarkan pemimpin-pemimpin negara untuk meneliti isu-isu perpaduan dengan lebih serius.
- Tindakan awal yang dilakukan ialah menangkap tokoh-tokoh yang menggalakkan rusuhan tersebut iaitu menangkap V. David daripada parti Gerakan ditahan selama 2 bulan dan Lim Kit Siang daripada Parti DAP dan ditahan selama setahun setengah, mengenakan perintah berkurung, mengawal berita-berita radio dan televisyen, menapis penerbitan akhbar-akhbar dan mengharamkan jurnal yang diterbitkan oleh parti-parti politik, sekaligus mengharamkan kempen pilihanraya.
LANGKAH-LANGKAH MENANGANI RUSUHAN 1969
1) Pengisytiharan darurat
- Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman dan ahli Jemaah Menteri telah menasihatkan YDPA untuk isytiharkan Darurat berdasarkan Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Pengisytiharan ini berkuat kuasa serta merta pada hari yang sama dengan rusuhan tersebut.
2) Pembentukan MAGERAN
- Bertujuan ambil alih tugas-tugas Parlimen buat sementara.
- MAGERAN berfungsi sebagai pengembali keamanan dan undang-undang Negara.
- Ditubuhkan pada tahun 1969 untuk membantu kerajaan menggerakkan dan membimbing rakyat ke arah perpaduan Negara.
- Jabatan ini diketuai oleh Tan Sri Mohd Ghazali Shafie.
- Diwartakan pada 18 Julai 1969.
- Fungsi :
- Mengkaji dan mengatasi masalah untuk hapuskan perselisishan faham.
- Membantu dan menyusun kerja-kerja sukarela.
- Membantu kerajaan jika meminta berbuat demikian.
5) Penubuhan Majlis Perundingan Negara (MAPEN)
- Bertujuan adakan garis panduan bagi kerjasama antara kaum & integrasi social untuk memupuk identity kebangsaan dalam kalangan rakyat Malaysia.
LANGKAH MENANGANI CABARAN PEMBINAAN BANGSA
- Memberi galakan kepada Penduduk Berhijrah dari Satu Kawasan ke Kawasan Lain
# Penyatuan perkhidmatan awam antara semua negeri di Malaysia. Pegawai kerajaan & keluarga mereka boleh diarahkan berpindah & berkhidmat di wilayah-wilayah yang memerlukan khidmat mereka.
# Mewujudkan pekembangan peluang perniagaan yg lebih baik di tempat lain. Rancangan ini terutama bagi peniaga-peniaga di kawasan mundur untuk berhijrah ke kawasan yang lebih maju dalam mengembangkan aktiviti ekonomi mereka.
# Dalam bidang keselamatan, keperluan keselamatan dan pembesaran angkatan tentera dan polis di wilayah-wilayah tertentu dengan membawa masuk pasukan-pasukan keselamatan dari wilayah-wilayah lain.
2. Integrasi Nasional
# Usaha ini dilakukan melalui dasar-dasar pembangunan seperti Rancangan Pembangunan Lima Tahun, Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Nasional.
# Penting dalam memastikan pengasingan ekonomi yang wujud sejak zaman penjajahan & yang masih kental pada zaman selepas kemerdekaan dapat dimansuhkan.
# Semua dasar pelajaran seperti Penyata Barnes, Penyata Fenn Wu, Undang-undang Pelajaran 1952, Penyata Razak, Penyata Rahman Talib, Dasar Pendidikan Kebangsaan dan lain-lain dasar berhubung dengan isu pedidikan berperanan memupuk perpaduan. Dasar-dasar tersebut penting bagi memastikan pengasingan yang wujud dalam sistem pendidikan sebelum ini dapat dimansuh & digantikan dengan sistem pendidikan yang lebih seragam & menyeluruh.
# Semua dasar pelajaran seperti Penyata Barnes, Penyata Fenn Wu, Undang-undang Pelajaran 1952, Penyata Razak, Penyata Rahman Talib, Dasar Pendidikan Kebangsaan dan lain-lain dasar berhubung dengan isu pedidikan berperanan memupuk perpaduan. Dasar-dasar tersebut penting bagi memastikan pengasingan yang wujud dalam sistem pendidikan sebelum ini dapat dimansuh & digantikan dengan sistem pendidikan yang lebih seragam & menyeluruh.
# Keseragaman pendidikan lebih menjamin perpaduan rakyat.
3) Pengasingan Sistem Pendidikan
4. Peranan Media Massa
3) Pengasingan Sistem Pendidikan
# Wujud kepelbagaian sekolah mengikut kaum berdasarkan tempat tinggal masing-masing disebabkan sistem pendidikan yang ditinggalkan oleh British.
# Pelajar Melayu hanya ada dua jenis sistem pendidikan, iaitu sekolah vernakular Melau ataupun beraliran Inggeris.
# Bagi masyarakat India, sekolah Tamil dibuka di estet-estet. Mutu pengajaran oleh guru dari India sangat rendah. Tiada bahasa Tamil pada peringkat menengah. Justeru, mereka tidak berpeluang mendapat pekerjaan yang baik dan terpaksa bekerja di estet.
# Orang Cina mempunyai sistem pendidikan sendiri dan terkenal dengan tradisi mementingkan pendidikan anak-anak. Guru-guru dan buku teks yang digunakan di sekolah dibawa dari negara China. Justeru, pelajar Cina lebiih mementingkan pergolakan politik, ekonomi dan sosial yang berlaku di negara China berbanding dengan perkembangan Tanah Melayu.4. Peranan Media Massa
# Saluran media massa seperti Radio & Televisyen Malaysia (RTM) dan akhbar digunakan untuk pembinaan bangsa. Pendedahan kepada pelbagai berita, laporan & dasar kerajaan akan dapat kurangkan jurang maklumat yang wujud.
# Dapat membentuk pemikiran & pandangan rakyat yang memahami pelbagai nilai & simbol negara. Hal ini sekali gus mengurangkan masalah prasangka akibat daripada wujud pelbagai maklumat yang tidak tepat.
# Penting dalam memastikan tiada lagi penguasaan media massa asing. Terutama dari Negara China & India yang lebih menyebarkan fahaman, ideology & senario politik di negara itu.
# Oleh itu, untuk memupuk semangat cinta & tanah air berperanan mengajak kaum pendatang untuk mengalih tumpuan kepada Tanah Melayu.
5. Penyatuan Fahaman Politik
5. Penyatuan Fahaman Politik
# Sistem kerajaan campuran merupakan salah satu cara bagi menggabungkan fahaman politik antara kaum.
# Dikembangkan melalui sistem politik yg fleksibel. Justeru, muncul Parti Perikatan, iaitu hasil gabungan UMNO, MCA dan MIC.
# Setelah Barisan Nasional muncul, BN tidak mengetepikan parti-parti politik yang berkuasa di Sabah & Sarawak yang boleh menyertai kerajaan campuran pada peringkat pusat di Kuala Lumpur.
# Setelah Barisan Nasional muncul, keanggotaan parti komponen semakin bertambah.
# Pindaan Akta Hasutan dikeluarkan bagi membolehkan dua perkara sensitif tidak dibincangkan secara umum iaitu kedudukan istimewa Orang Melayu dan kedudukan raja-raja Melayu.
6. Aspek-aspek Sosial Lain
# Langkah memupuk perpaduan cuba dicapai dengan pengenalan & penerapan dasar social seperti Rukun Negara, Dasar Belia Negara, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan lain-lain.
# Secara keseluruhan, Malaysia berjaya mewujudkan perpaduan & integrasi nasional kerana sikap kesederhanaan & bertolak ansur semua kaum.
KESIMPULAN
Ekoran dasar pecah dan perintah yang dilaksanakan oleh pihak penjajah dan dasar tidak menggalakkan pencampuran antara kaum, telah tercetus masalah perkauman dalam negara. Kejadian rusuhan kaum 13 Mei 1969, misalnya merupakan kemuncak daripada tekanan perasaan yang dialami oleh setiap kaum, terutama akibat daripada tiadanya persefahaman, tolak ansur dan kasih sayang. Bagi merealisasikan interasi nasional dan pembentukan negara bangsa, maka kejadian mengambil iktibar daripada kejadian tersebut dan merangka dasar-dasar yang mampu menangani masalah tersebut. Dasar-dasar seperti Rukun Negara, Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan telah diperkenalkan dan diuar-uarkan ke seluruh negara supaya prinsip-prinsipnya dapat dihayati oleh segenap rakyat tanpa mengira kaum.
Kewujudan masyarakat majmuk di Malaysia merupakan satu anugerah Tuhan yang mempunyai hikmah disebaliknya. Oleh itu, kepelbagaian yang dimiliki kini perlu dipelihara dan setiap kaum perlu mengambil peluang ini untuk megendali di antara satu sama lain. Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu memahami dan mempelajari serta mengetahui hakikat kewujudan setiap kaum di negara ini agar timbul persefahaman dan tolak ansur antara kaum. Setiap kaum perlu bersama membangunkan negara pada masa ini dan masa akan datang dan menjadikan peristiwa lalu sebagai sempadan dan pengajaran untuk pembentukan negara bangsa Malaysia yang mantap dan 'tidak rapuh dimamah zaman'.
PENGAJARAN
- Semua kaum perlu mengambil peluang dan berusaha untuk mengendali antara satu sama lain.
- Setiap kaum mempunyai nilai dan budaya tersendiri serta unik. Justeru, mana-mana nilai yang positif daripada budaya lain seperti budaya bekerja dan budaya perniagaan orang Cina boleh dikongsi bersama dengan kaum yang lain untuk berjaya.
- Dalam sebuah negara yang berbilang kaum, setiap kaum mempunyai peranan dan fungsi masing-masing dalam pembangunan negara. Justeru, setiap kaum perlu saling bekerjasama dan menghargai peranan kaum-kaum yang lain.
- Kepelbagaian budaya dan nilai hasil daripada kewujudan masyarakat berbilang kaum di negara ini telah menjadikan negara ini unik. Keunikan ini perlu dipelihara untuk tatapan generasi akan datang dan pada masa yang sama menjadi contoh kepada negara luar.
RUJUKAN
BUKU
o Hairol Anuar Haji Mak Din, Pusat Penyelidikan & Pembangunan Akademik Kolej Uneversiti Islam Antarabangsa Selangor, Persiaran Seri Putra1, Bandar Seri Putra 43600 Bangi, Selangor
o Ishak Saat, Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, Terbitan Pertama 2009
INTERNET
LAMPIRAN
KAUM MELAYU
Kaum melayu yang beragama islam akan ke masjid untuk beribadah. Selain itu banyak lagi ibadah yang dilakukan umat islam seperti membaca qur’an, berzikir dan sebagainya.
|
Baju tradisional masyrakat melayu bagi perempuan ialah baju kurung, kebaya dan banyak lagi. Manakala bagi lelaki pula mereka mengenakan baju melayu
|
KAUM CINA
Bagi Kaum Cina yang beragama Kristian, mereka akan pergi ke gereja pada hari Ahad untuk bersembahyang. Penganut Kristian akan menyambut Hari Krismas. Manakala bagi yang beragama Buddha mereka akan bersembahyang di kuil.
|
Kaum Cina menyambut Tahun Baru Cina. Tahun Baru Cina merupakan perayaan yang terbesar dan terpenting bagi kaum cina.namun begitu terdapat nbanyak lagi prayaan yang diraikan masyrakat cina.
|
Kaum Cina mempunyai tarian tradisional yang menarik antaranya ialah tarian naga, tarian singa dan tarian kipas. Terdapat juga taria lain yang juga merupakan tarian tradisional kaum cina
|
KAUM INDIA
Kaum India juga mempunyai persamaan dengan kau cina. Sebahagian mereka ada yang beragama hinddhu dan ada juga yang beragama kristian. Selain itu ada segelintir kaum india yang menganut agama islam setelah berhijrah ke tanah melayu.
Kaum India juga mempunyai persamaan dengan kau cina. Sebahagian mereka ada yang beragama hinddhu dan ada juga yang beragama kristian. Selain itu ada segelintir.
|
Antara perayaan yang disambut masyarakat india di Malaysia ialah Hari Deepavali, Thaipusam, Ponggal, Vaigunda Ekadashi, Christmas, Onam, Hari Raya
|
Antara masyarakat india ialah tarian serimpi, Shobana Chanarakumar, Bharata Natyam
|
Sari, kurta,sarung dan serban merupakan pakaian tradisional bagi masyrakat india.
|
KAUM SABAH DAN SARAWAK
Kebanyakkan masyarakat Sarawak dan sabah adalah beragama islam. Namu ade juga sebhagian mereka yang beragama kristian, dan Buddha. Ada juga yang mengamalkan kepercayaan zaman dahulu seperti animisme
|
Perayaan yang popular di Sarawak dikenali sebagai perayaan Gawai Dayak. Perayaan ini disaambut oleh kaum Dayak sebagai menandakan penghujung musim menuai serta permulaan musim tuaian baru. Perayaan bagi suku kaum terbesar di Sabah pula ialah Pesta kaamatan yang dirayakan olah kaum Kadazan Dusun. Pesta ini merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati “Bambazon” iaitu semangat padi.
|
PESTA GAWAI
PESTA KAAMATAN
Berikut merupakan baju kebudayaan masyrakat Sabah dan Sarawak
|
SABAH
Mantap..
BalasPadamBoleh cuba click assignment helper malaysia yang akan membantu para pelajar memberi idea untuk menyiapkan tugasan/assignment yang diberikan
BalasPadam